Saturday, May 1, 2010

PAMERAN DAN JUALAN BUKU PSS 2010

GAMBAR SEKITAR PAMERAN DAN JUALAN BUKU PSS 2010


Tanggal 27 dan 28 April lalu, Unit PSS telah selesai mengadakan aktiviti pertama mencari sumber kewangan iaitu melalui Pameran dan Jualan Buku.  Biarpun proses perpindahan PSS belum lagi selesai dan mungkin baru 50% tetapi ruang yang telah dikosongkan oleh guru-guru yang terpaksa berpindah ke bilik lain perlu digunakan sebaik mungkin. 

Pada mulanya saya kurang yakin dengan sambutan yang bakal diberikan pelajar kepada aktiviti ini.  Namun setelah dilaksanakan ianya agak memberangsangkan.  Dalam masa 2 hari lebih  RM4000 dapat  diperolehi.  Apa yang penting di sini bahawa aktiviti seperti ini perlu diteruskan kerana banyak baiknya.  Di Rompin bukan tiada kedai buku tetapi sambuta pelajar terhadap buku yang dijual dipersekitaran mereka perlu diambil kira.   Mereka ini mungkin telah biasa dihidangkan dengan makanan di rumah, disuap ilmu oleh guru maka nak beli bahan pun kita kena bawa ke sekolah.  Biar apa pun kalau ianya memberi kebaikkan kepada pelajar kita kena laksanakan.

Terima kasih kepada pihak pentadbiran terutama Tuan Haji Sabballah, Pengetua SMK. Rompin kerana memberi banyak komitmen dalam menjadikan PSS sebuah pusat ilmu.  Biarpun pelbagai pendapat diberikan berkaitan hijrah PSS pada kali ini namun beliau tetap yakin bahawa di tempat baru itulah akan terbentuk sebuah pss yang CEMERLANG. Insyaallah.  Kepada guru yang kena beralih tempat, anggaplah bahawa menerima perubahan adalah ciri-ciri kepada guru-guru CEMERLANG. Tq..

No comments:

Post a Comment