Monday, February 27, 2012

PAMERAN DAN JUALAN BUKU PSS 2012


Pameran ini memberi peluang mepada warga SMK. ROMPIN memilih bahan bacaan yang sesuai untuk membantu meningkatkan ilmu pengetahuan.

Langkah permulaan pada 2012 kali ini PSS SMK Rompin telah menganjurkan satu pameran untuk semua warga sekolah khasnya dan warga Rompin amnya.  Program berlangsung pada 23, 24 dan 25 Februari 2012 bertempat di Dewan Semarak SMK. Rompin.

Pelaksanaan pameran dan jualan buku pada kali ini dijalankan oleh Syarikat Sri Wangi dari Pekan yang merupakan sebuah syarikat milik bumiputera dan juga merupakan wakil pengedar tunggal DBP di sebelah sini.  Sekalong tahniah kepada Pengetua, semua pentadbir dan semua guru serta pelajar SMK. Rompin kerana kerjasama yang cukup baik semasa program berlangsung.

Jutaan terima kasih juga kepada Pengetua SM Vokesional serta guru-gurunya yang dengan dengan bergayanya membawa hampir keseluruhannya pelajar mereka dengan gaya pakaian yang jelas menonjolkan imej yang cukup baik.  Kami di SMK. Rompin sangat menghargai lawatan tersebut.  Tidak lupa juga pada warga Rompin yang turut datang berkunjung tidak putus-putus sehingga jam 10 malam.

Pengawas PSS Bertugas semasa pameran berlangsung

Sudah tentu hasilnya melebihi ramalan.  Sebagai sebuah unit yang kecil di sekolah, pendapatan daripada aktiviti sebegini amat penting bagi menyokong aktiviti PSS beik bersama guru maupun pelajar.  Insyaallah pada tahun akan datang kita akan usahakan yang lebih baik.  Kita bawa bahan P&P yang terbaik kepada pelajar.  Mungkin mereka tiada masa meninjau kedai berhampiran.  Sedikit sebanyak apa yang dilaksanakan memberi impak positif dalam membentu meningkatkan kualiti akedemik pelajar.

TERIMA KASIH