Thursday, January 26, 2012

PSS SMK. ROMPIN : 2012 TAHUN PENINGKATAN KUALITI PERKHIDMATAN PSS

Tahun 2011 asalah merupakan yang telah berjaya meletakkan PSS SMK Rompin kepada landasan sebenar semenjak berlaku perpindahan secara besar-besaran bermula 2009.  Sekurang kuruangnya 3 kali perpindahan telah berlaku dan mengakibatkan perbelanjaan yang banyak dan merugikan.

Tahun 2012 ini alhamdulillah PSS SMK Rompin telah kembali berada di landasan asal dan boleh bergerak mencapai kecemerlangan khusus sebagai prasarana dalam peniongkatan kualiti pencapaian akedemik dan sahsiah pelajar.  Dalam usaha meletakkan PSS SMK. Rompin ke landasan asal, tidak jutaan terima kasih kami ucapkan kepada BTP Daerah Rompin (PKG Bandar Rompin) kerana banyak memberi nasihat serta bantuan teknikal yang banyak membantu pihak kami.  Kerjasama ini kami harap dapat diteruskan pada setiap masa.

Beberapa perubahan akan cuba dilaksanakan dalam Struktur Organisasi Induk dan Kerja bagi melancarkan lagi peranan dan fungsi PSS sebagai NADI KECEMERLANGAN akedemik di sekolah.  Mesyuarat JK Induk bakal diadakan pada 31 JANUARI 2012 ini diharap dapat mengambil beberapa ketetapan berkaitan.  Dalam pada itu komitmen guru lain dalam PSS sangat diperlukan.  Jawatan seperti Penyelaras NILAM, Ketua Guru Perpustakaan , Ketua Guru Media , Guru Pengawas PSS, Penyelaras Bilik Bilik Khas PSS amat penting diwujudkan.  Kita tahu bahawa GPM diperuntukan masa P&P yang sedikit tetapi kita juga perlu sedar bahawa tugas menggerakkan PSS kearah PSS CEMERLANG bukan perkara yang boleh dilakukan oleh GPM sahaja.

Bagi sekolah yang mempunyai pelajara Tingkatan 6 semestinya memiliki beberapa kelebihan.  Pengawas tingkatan 6 boleh bertindak sebagai pasukan khas melaksanakan aktivitri PSS.  Hal demikian pernah dilaksanakan dengan jayanya seperti penganjuran Kuis Bulan Kemerdekaan dll.