Saturday, September 3, 2011

PUSAT AKSES SEKOLAH SMK ROMPIN

Perpindahan PuAS SMK Rompin ke Bangunan PSS pada awal tahun 2011 adalah merupakan satu usaha memusatkan segala sumber P&P ke lokasi lebih strategik.  Perpindahan ini memungkinkan ianya dapat diurus dengan lebih berkesan.  Namun demikian PuAS sepatutnya dapat beroperasi dengan optima tetapi kekangan seperti kegagalan internet berfungsi, sistem pendawaian bangunan yang lama menjadi penghalang kepada operasi PuAS SMK, Rompin. 

Bagi memaksimakan penggunaan PuAS khususnya di SMK Rompin, saya melihat bahawa peranan penting guru tidak boleh dikesampingkan.  Mana mungkin GPM boleh menggerakkan PuAS berseorangan begitu.  Bagi merealisasikan hasrat itu 2 orang penyelaras PuAS telah dilantik bagi melaksanakan aktiviti berkaitan.  Namun demikian kekangan masa mereka saya lihat menjadi sebab kepada hilangnya fokus mereka.  Namun demikian mereka sebenarnya telah berjaya menggerakkan PuAS SMK Rompin khususnya bagi membentuk PuAS Contoh Daerah Rompin.  Tahniah....  kita telah berjaya selangkah kehadapan .... ayuh teruskan... kita gunakan semua sumber manusia yang ada.  We have a plan to make it ....